2011年12月5日星期一

SIMPULAN BAHASA "C"2

SIMPULAN BAHASA
MAKNA
cangkul (mencangkul)angin
melakukan sesuatu kerja yang tidak berfaedah.
cari (mencari) fasal/gaduh
melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menerbitkan pergaduhan.
cari jalan
berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu.
cari makan
bekerja untuk mendapatkan rezeki.
cepat tangan
suka mencuri.
colek (mencolek) hati
menggelikan hati.
cuci mata
melihat sesuatu yang cantik/indah untuk menyeronokkan hati.
cukup makan
tidak lebih dan tidak kurang/cukup-cukup sahaja (gaji, markah).
curi hati
menarik/memikat hati.


没有评论:

发表评论