2011年12月5日星期一

SIMPULAN BAHASA "I"

SIMPULAN BAHASA
MAKNA
Isi hati/Isi perut
perasaan/fikiran.
Iri hati
berperasaan dengki/cemburu.
Ikut (Mengikut) telunjuk
akur akan perintah orang lain.
Ikut (Mengikut) jejak
meniru perbuatan/amalan orang yang terdahulu.
Ikut (Mengikut) hati
menurut kehendak hati.
Ikat (Mengikat) perut
mengurangkan makan kerana hidup susah.
Ikat (Mengikat) janji
memeterai/membuat persetujuan.
Ibu pertiwi
negara sendiri; negara yang menjadi tempat tumpah darah.
Ibu keladi
i) orang tua yang berkelakuan seperti orang muda;
ii) ibu yang beranak banyak.
Ibu ayam
wanita yang memperniagakan pelacur.
Ibu angkat
sama dengan "Emak angkat/Mak angkat'


没有评论:

发表评论