2011年12月7日星期三

RPH MIKRO PENGAJARAN - SET INDUKSI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran          : Bahasa Melayu
Kelas                           : 3L
Bilangan Pelajar        : 47 orang
Tarikh                                    : 7 Oktober 2011
Masa                           : 2.10-2.40 petang (30 minit)
Tajuk                          : Alat ciptaan sains
Hasil Pembelajaran   : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat melaporkan sesuatu perkara dengan                                                                                   menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
                                    2.2 Aras 2 : memberikan penerangan tentang sesuatu perkara yang diperoleh            
                                                       dengan   menggunakan ayat yang jelas.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
                                    i)  set induksi
                                    ii)  aktiviti   : Nyatakan kegunaan alat-alat teknologi.
                                    iii) penutup : Nyatakan kepentingan alat ciptaan sains dalam kehidupan kita.
Nilai    : Kesyukuran
KBKK : menjana idea, menghuraikan, membuat kesimpulan
Pengetahuan sedia ada : murid-murid mengenali alatan ciptaan sains

Pelaksanaan P&P :

Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
 (5 minit)
-          Guru menunjukkan alatan ciptaan sains
-          Guru meminta murid menamakan alatan ciptaan sains yang ditunjukkan.
-          Guru menyatakan kegunaan alatan sains yang ditunjukkan.
Nilai :
Kesyukuran




Refleksi :

Hari ini saya memasuki kelas 3L untuk menjalankan mikropengajaran . Perasaan gelisah menyelubungi hatiku kerana sesi pengajaran ini akan dirakam. Setelah menjalankan mikropengajaran bagi set induksi , saya mendapati terdapat beberapa kelemahan yang perlu saya baiki untuk meningkatkan kualiti pengajaran saya. Saya mendapati pengajaran ini tidak berjalan dengan begitu lancar seperti yang diharapkan berikutan murid-murid yang tidak begitu faham dalam bahasa Melayu. Mereka tidak menjawab soalan saya secara spontan. Saya terpaksa menggantikan soalan saya dengan perkataan yang lebih mudah .
            Punca utama yang menyumbang kepada masalah ini adalah kerana kurangnya komunikasi murid dalam bahasa Melayu . Murid-murid kelas saya tidak berupaya bertutur dalam bahasa Melayu dengan tepat . Masalah kefahaman dan pertuturan ini telah menyebabkan mereka begitu sukar untuk mengikuti pengajaran bahasa Melayu . Dalam memulakan set induksi untuk pengajaran ini , saya telah menggunakan teknik penyoalan untuk membuka aliran pemikuran murid kepada isi pengajaran hari ini.
Set induksi berperanan utama untuk memulakan pengajaran. Jadi, ia haruslah berupaya menarik perhatian murid dan membina aliran pemikiran murid tentang pengajaran yang akan dimulakan . Permulaan pengajaran yang baik berupaya menarik perhatian murid dan menimbulkan motivasi murid untuk mengikuti pelajaran ini . Sekiranya ia tidak dijalankan dengan baik, murid-murid akan mula berasa bosan dan tidak berminat dengan pengajaran ini. Ketika menjalankan set induksi , saya perlu menggunakan bahasa dengan “berhati-hati” kerana khuatir murid-murid tidak dapat memahaminya.
Daripada rakaman yang dilakukan , kekuatan dalam set induksi adalah murid-murid tertarik dengan alatan yang ditunjukkan . Sesetengah daripada murid-murid ingin bercerita tentang cerita kehidupan seharian mereka yang berkaitan dengan alatan yang ditunjukkan tetapi hasrat tidak kesampaian kerana tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu.
Saya sedar dengan kesilapan saya yang terlalu “memanjakan” mereka. Mereka tidak akan membuka mulut untuk bertutur dalam bahasa Melayu jikalau tidak diminta. Walaupun menjalankan pengajaran bahasa Melayu , mereka masih bertutur dalam bahasa Cina. Ini menyebabkan tiada kemajuan dalam komunikasi bahasa Melayu mereka.
Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan menangani masalah yang dihadapi , saya perlu bekerja keras untuk menggalakkan murid-murid dalam kelas saya untuk bertutur dalam bahasa Melayu di dalam kelas. Galakan dan sokongan perlu diberi untuk mengikiskan perasaan malu di kalangan mereka untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Aktiviti bercerita juga akan saya jalankan untuk menambahkan minat mereka bertutur dalam bahasa Melayu.

没有评论:

发表评论