Dengarlah kisah pengalaman dicitra,
Pelayaran Muhibah indahlah nyata,
Lautan biru diredah serata,
Kenangan bersama menjadi cerita.
Terkenal sudah sebuah bahtera,
Seperti kota luas tertera,
Kemudahan moden sangat ketara ,
Semua penumpang riang gembira.
Ke Pulau Langkawi arah destinasi,
Pulau Pinang telah dilepasi,
Terhibur hati melihat reaksi,
Rakan ceria menjadi inspirasi.
Penumpang terhibur sepanjang hari ,
Indahnya pemandangan tidak terperi,
Pengalaman ini sukar dicari,
Sekiranya teringin alamilah sendiri.
Perbendaharaan perkataan :
1. Dicitra : digambarkan
2.Bahtera : kapal
3. Diredah : dilalui
4. Destinasi : tempay yang dituju
5. Reaksi : tindakan
6. Inspirasi : ilham
没有评论:
发表评论