2011年12月11日星期日

Enggang sama enggang , pipit sama pipit

Enggang sama enggang , pipit sama pipit : bergaul dengan orang yang sama taraf.

Didengar ada , dipakai tidak


Didengar ada , dipakai tidak : nasihat yang sia-sia

Diam-diam ubi berisi , diam-diam penggali berkarat


Diam-diam ubi berisi , diam-diam penggali berkarat : diam orang yang berilmu itu berfikir sementara orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

Di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung


Di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung : kita hendaklah mematuhi peraturan tempat yang kita diami.

Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan

Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan : jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Carik-carik bulu ayam , lama-lama bercantum juga

Carik-carik bulu ayam , lama-lama bercantum juga : pergaduhan sesama keluarga tidak berpanjangan , akhirnya berbaik-baik semula .

Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali

Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali : berbuat baik janganlah berlebih-lebihan , tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat.

Biar putih tulang , jangan putih mata

Biar putih tulang , jangan putih mata : lebih baik mati daripada menanggung malu

Berdiri sama tinggi , duduk sama rendah


Berdiri sama tinggi , duduk sama rendah : sama taraf.

Bercakap siang pandang-pandang ,bercakap malam dengar-dengar

Bercakap siang pandang-pandang ,bercakap malam dengar-dengar : berhati-hati apabila menceritakan sesuatu hal.

2011年12月10日星期六

Seperti kera mendapat bunga


Seperti kera mendapat bunga : mendapat sesuatu tetapi tidak tahu menggunakannya.

Seperti katak di bawah tempurung

Seperti katak di bawah tempurung : orang yang cetek pengetahuannya.

Seperti kaca terhempas ke batu


Seperti kaca terhempas ke batu : sangat sedih .

Seperti ikan dalam belat


Seperti ikan dalam belat : keadaan yang sesat di sesuatu tempat.

Seperti hujan jatuh ke pasir


Seperti hujan jatuh ke pasir : teguran yang tidak dihargai.

Seperti harimau menunjukkan belangnya


Seperti harimau menunjukkan belangnya : menunjukkan sifat sebenarnya setelah lama berdiam diri.

Seperti embun di hujung rumput


Seperti embun di hujung rumput : sesuatu yang tidak kekal lama.

Seperti cincin dengan permata

Seperti cincin dengan permata : pasangan suami isteri yang sama cantik dan sama padan.

Seperti cicak makan kapur

Seperti cicak makan kapur : mendapat malu kerana kesalahan sendiri.

Seperti cacing kepanasan

Seperti cacing kepanasan : sentiasa gelisah.

Seperti bumi dengan langit


Seperti bumi dengan langit : perbezaan yang terlalu besar.

Seperti api dalam sekam

Seperti api dalam sekam : perbuatan jahat yang tersembunyi.

Seperti anjing dengan kucing

Seperti anjing dengan kucing : selalu bertengkar.

Bagai pinang dibelah dua


Bagai pinang dibelah dua : sama cantik dan sama sepadan.

Bagai murai dicabut ekor


Bagai murai dicabut ekor : perempuan yang suka bercakap banyak.

Bagai menatang minyak yang penuh


Bagai menatang minyak yang penuh : memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

Bagai melepaskan batuk di tangga



Bagai melepaskan batuk di tangga : membuat sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.

2011年12月8日星期四

Alat Kawalan Jauh

Alat kawalan jauh merupakan hasil ciptaan teknologi . Alat ini memudahkan kita mengawal fungsi sesuatu objek dari jarak jauh.
Alat-alat yang menggunakan alat kawalan jauh.







Penghawa dingin








Televisyen








Pemain DVD







Kipas








Kereta








Kereta Mainan

Alat Ciptaan Sains

Komputer riba
















Telefon Bimbit


















Kamera digital














Pemain CD






















MP3

Pereka kasut

Encik Michael Chen seorang pereka kasut   yang kreatif. Kasut rekaan beliau sangat digemari . Ada kasut rekaan beliau diperagakan di pertunjukan fesyen antarabangsa.
            Di situlah bermulanya minatnya terhadap kerjaya pembuatan kasut. Beliau mencipta kasut yang menarik dan selesa dipakai. Rekaan kasut beliau mendapat sambutan orang ramai.
            Encik Michael Chen merupakan bekas murid Sekolah Menengah Yu Hua , Kajang . Selepas tamat persekolahan pada tahun1989 , Michael Chen bekerja di kilang kasut milik bapanya. Kilang tersebut terletak diCheras, Kualan Lumpur.

Sebut kata dasar bagi setiap perkataan yang telah diwarnakan.
1.Pereka :  reka
2.digemari : gemar
3.pertunjukan : tunjuk
4.mencipta : cipta
5.menarik : tarik
6.dipakai : pakai
7.mendapat : dapat
8.sambutan : sambut

Kerja Berpasukan

Dalam pembinaan sesebuah bangunan, kerjasama antara pekerja sangat diperlukan. Pekerja-pekerja menjalankan tugas mengikut peranan masing-masing. Arkitek bertanggungjawab mereka bentuk pelan bangunan. Juruukur akan mengukur tapak kawasan bangunan mengikut pelan yang disediakan. Jurutera pula akan menyelia sepanjang proses pembinaan.
Sebut pekerjaan yang terdapat dalam petikan di atas.
i. Arkitek
ii. Juruukur
iii. Jurutera

Kerjaya Pilihan

 Doktor



















Jururawat


















Polis












Guru













Arkitek


















Jurutera












Pelayaran Muhibah

Dengarlah kisah pengalaman dicitra,
Pelayaran Muhibah indahlah nyata,
Lautan biru diredah serata,
Kenangan bersama menjadi cerita.

Terkenal sudah sebuah bahtera,
Seperti kota luas tertera,
Kemudahan moden sangat ketara ,
Semua penumpang riang gembira.

Ke Pulau Langkawi arah destinasi,
Pulau Pinang telah dilepasi,
Terhibur hati melihat reaksi,
Rakan ceria menjadi inspirasi.

Penumpang terhibur sepanjang hari ,
Indahnya pemandangan tidak terperi,
Pengalaman ini sukar dicari,
Sekiranya teringin alamilah sendiri.

Perbendaharaan perkataan :
1. Dicitra : digambarkan
2.Bahtera : kapal
3. Diredah : dilalui
4. Destinasi : tempay yang dituju
5. Reaksi : tindakan
6. Inspirasi : ilham

Pengangkutan yang terdapat di Bandaraya Kuala Lumpur

Teksi













Transit Aliran Ringan (LRT)













Monorel














Link Rel Ekspress (ERL)













Komuter











Bas