2011年11月25日星期五

Kata Ganti Nama Tak Tentu

Kata ganti nama tak tentu ialah kata yang digunakan untuk mengganti orang , benda , masa , tempat atau perkara yang tidak tentu.


Kata Ganti Nama
Tak Tentu
Penggunaan
Ayat Contoh
Siapa-siapa/sesiapa
menggantikan nama orang yang tidak tentu
Siapa-siapa pun tidak dibenarkan mendekati dewan peperiksaan itu.
apa-apa
Menggantikan benda dan perkara yang tidak tentu
Saya tidak tahu apa-apa tentang peristiwa itu.
bila-bila
Menggantikan masa yang tidak tentu
Bila-bila masa sahaja pondok yang usang itu akan runtuh.
mana-mana
Menggantikan tempat atau benda yang tidak tentu
Dia tidak pergi ke mana-mana pada hari minggu ini.


没有评论:

发表评论