Jenis | Contoh | Ayat Contoh |
larangan | Jangan Usah | Jangan bermain di tepi jalan. Usah kamu mudah menyerah kepada nasib. |
silaan | Sila Jemput | Sila duduk di tempat masing-masing. Jemputlah minum jus tembikai ini. |
permintaan | Minta Tolong Harap | Minta sertakan sekeping gambar bersama borang. Tolong sidaikan baju di ampaian. Harap maaf kerana rancangan tergendala sebentar. |
2011年11月26日星期六
Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap arahan , larangan , silaan , harapan atau permintaan.
Labels:
Tatabahasa
Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu dalam predikat kata.
Kata Nafi | Penggunaan | Ayat Contoh |
bukan | Digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. | Siew Siew bukan pengerusi Kelab Bola Keranjang. Buah belimbing itu bukan untuk kamu. |
tidak | Digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif. | Zhi Long tidak memecahkan pasu bunga di atas meja itu. Makanan ringan itu sedap tetapi tidak berkhasiat. |
Labels:
Tatabahasa
Kata Pembenar
Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan kebenaran sesuatu pernyataan.
Kata Pembenar | Ayat Contoh |
Ya | Ya, itulah pilihan saya. |
Benar | Benar , dialah yang berkata demikian. |
Betul | Betul, saya menziarahi jiran baru petang tadi. |
Labels:
Tatabahasa
Kata Pemeri
Kata pemeri ialah perkataan yang menjadi penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
Kata Pemeri | Penggunaan | Ayat Contoh |
ialah | Digunakan di hadapan frasa nama | Encik New ialah seorang doktor pakar. Telefon bimbit ini ialah hadiah hari jadi saya daripada abang. |
adalah | Digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama | Masalah yang dihadapinya adalah rumit. Jambangan bunga ini adalah untuk ibu. |
Labels:
Tatabahasa
RPH Kata Ganti Nama Diri Kedua
Tahun : 3L
Tarikh/Masa : 12 Oct 2011 / 1.10-1.40ptg
Bilangan Murid : 47 orang
Tajuk : Kata Ganti Nama Diri Kedua
Objektif:
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
i. menggunakan kata ganti nama diri kedua yang betul dalam ayat perbualan yang sesuai;
ii. membaca teks petikan bacaan berkala yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang
Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
i. menggunakan kata ganti nama diri kedua yang betul dalam ayat perbualan yang sesuai;
ii. membaca teks petikan bacaan berkala yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang
betul;
iii. menjawab sekurang-kurangnya empat soalan kefahaman berkaitan teks petikan bacaan
iii. menjawab sekurang-kurangnya empat soalan kefahaman berkaitan teks petikan bacaan
berkala yang dibaca dengan betul.
Hasil Pembelajaran
Fokus Utama: 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian
dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat , sebutan , intonasi dan nada
yang sesuai.
Aras: Aras 2
(i) Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai
(i) Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai
mengikut situasi dalam perbualan.
Fokus sampingan: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
Fokus sampingan: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras: Aras 1
ii. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat
Aras: Aras 1
ii. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat
majmuk berbilang subjek.
Kemahiran bahasa: Lisan dan membaca
Pengisian kurikulum:
Nilai: keberanian
KB: merumus
KP: Muzik dan Interpersonal
Nilai: keberanian
KB: merumus
KP: Muzik dan Interpersonal
Bahan bantu mengajar : video lagu
Set Induksi
(5 Minit)
Murid akan menyanyikan lagu "Saya Ada Kuda" tapi menukarkan 'Saya' dengan 'Awak, Kamu, Anda"
Langkah 1
(10 Minit)
Kata Ganti Nama Diri Kedua.
Guru memberi penerangan tentang kata ganti nama diri kedua- Murid menyebut perkataan kata ganti nama diri kedua yang diberi
- Murid mengeja perkataan tersebut dengan betul
- Murid menyebut ayat yang menggunakan kata ganti nama diri kedua mengikut guru
- Murid berdialog menggunakan ayat tersebut dengan rakan
- Murid cuba bina ayat sendiri secara lisan.
Langkah 2
(5 minit)
Menulis perkataan
-Guru menyebut semula Kata Ganti Nama Diri Kedua yang dipelajari
-Murid menulis Kata Ganti Nama Diri Kedua yang disebut oleh guru dengan ejaan yang betul.
Langkah 3
(5 Minit)
Isi Pelajaran : Soalan Kefahaman
- Siapakah nama __________?
- Patik mengalu-alukan kehadiran __________ dalam majlis ini.
- Bilakah ___________datang ke sini?
- Lindungilah keluarga________ daripada nyamuk aedes.
- “Baju sekolah _________ sudah bergosok?” soal ibu kepada abang.
- “_________ buatkan saya secawan kopi,” kata Pak Abu kepada isterinya.
Penutup:
(5 Minit)
1. Murid menyanyikan lagu “Saya Ada Kuda” tapi menukarkan ‘Saya’ dengan ‘Awak, Kamu, Anda’.
(5 Minit)
1. Murid menyanyikan lagu “Saya Ada Kuda” tapi menukarkan ‘Saya’ dengan ‘Awak, Kamu, Anda’.
Labels:
Rancangan Pengajaran Harian
2011年11月25日星期五
Kata Ganti Nama Tak Tentu
Kata ganti nama tak tentu ialah kata yang digunakan untuk mengganti orang , benda , masa , tempat atau perkara yang tidak tentu.
Kata Ganti Nama Tak Tentu | Penggunaan | Ayat Contoh |
Siapa-siapa/sesiapa | menggantikan nama orang yang tidak tentu | Siapa-siapa pun tidak dibenarkan mendekati dewan peperiksaan itu. |
apa-apa | Menggantikan benda dan perkara yang tidak tentu | Saya tidak tahu apa-apa tentang peristiwa itu. |
bila-bila | Menggantikan masa yang tidak tentu | Bila-bila masa sahaja pondok yang usang itu akan runtuh. |
mana-mana | Menggantikan tempat atau benda yang tidak tentu | Dia tidak pergi ke mana-mana pada hari minggu ini. |
Labels:
Tatabahasa
2011年11月24日星期四
Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan manusia , haiwan , benda dan tempat.
Kata Ganti Nama Tunjuk | Penggunaan | Ayat Contoh |
ini | Merujuk sesuatu yang dekat | Ini kamus saya. |
itu | Merujuk sesuatu yang jauh | Itu kalkulator yang tercanggih di pasaran. |
Labels:
Tatabahasa
Kata Ganti Nama Diri Tanya
Kata ganti nama diri tanya digunakan untuk merujuk benda , orang dan perkara dalam bentuk tanya.
Kata Ganti Nama Diri Tanya | Penggunaan | Ayat Contoh |
apa | Digunakan untuk merujuk benda atau perkara | Pemuda itu suka makan apa ? |
siapa | Digunakan untuk merujuk orang | Bayi itu anak siapa ? |
mana | Digunakan untuk merujuk benda atau orang | Yang mana satu kakak awak ? |
Labels:
Tatabahasa
2011年11月21日星期一
Chan Mali Chan
Dimana dia anak kambing saya?
anak kambing saya yang makan daun talasdimana dia buah hati saya?
buah hati saya bagai telur dikupas
Chan mali chan, chan mali chan
chan mali chan, ketipung payung
Di mana dia, anak kambing saya?
anak kambing saya main di tepi sawah
di mana dia, cinta hati saya?
cinta hati saya yang pakai baju merah
Di mana dia anak kambing tuan?
anak kambing tuan di atas jambatan
yang mana dia si bunga pujaan?
si bunga tanjung dihujung dahan
Kalau nak tahu anak kambing saya
anak kambing saya di dalam bilik
kalau nak tahu intan payung saya
intan payung saya yang kecil lah molek
Di mana dia anak kambing tuan?
anak kambing tuan yang bulunya kuning
yang mana dia buah hati tuan?
buah hati tuan yang putih lah kuning
Labels:
Lagu
订阅:
博文 (Atom)