2011年12月11日星期日

Enggang sama enggang , pipit sama pipit

Enggang sama enggang , pipit sama pipit : bergaul dengan orang yang sama taraf.

Didengar ada , dipakai tidak


Didengar ada , dipakai tidak : nasihat yang sia-sia

Diam-diam ubi berisi , diam-diam penggali berkarat


Diam-diam ubi berisi , diam-diam penggali berkarat : diam orang yang berilmu itu berfikir sementara orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

Di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung


Di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung : kita hendaklah mematuhi peraturan tempat yang kita diami.

Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan

Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan : jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Carik-carik bulu ayam , lama-lama bercantum juga

Carik-carik bulu ayam , lama-lama bercantum juga : pergaduhan sesama keluarga tidak berpanjangan , akhirnya berbaik-baik semula .

Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali

Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali : berbuat baik janganlah berlebih-lebihan , tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat.

Biar putih tulang , jangan putih mata

Biar putih tulang , jangan putih mata : lebih baik mati daripada menanggung malu

Berdiri sama tinggi , duduk sama rendah


Berdiri sama tinggi , duduk sama rendah : sama taraf.

Bercakap siang pandang-pandang ,bercakap malam dengar-dengar

Bercakap siang pandang-pandang ,bercakap malam dengar-dengar : berhati-hati apabila menceritakan sesuatu hal.

2011年12月10日星期六

Seperti kera mendapat bunga


Seperti kera mendapat bunga : mendapat sesuatu tetapi tidak tahu menggunakannya.

Seperti katak di bawah tempurung

Seperti katak di bawah tempurung : orang yang cetek pengetahuannya.

Seperti kaca terhempas ke batu


Seperti kaca terhempas ke batu : sangat sedih .

Seperti ikan dalam belat


Seperti ikan dalam belat : keadaan yang sesat di sesuatu tempat.

Seperti hujan jatuh ke pasir


Seperti hujan jatuh ke pasir : teguran yang tidak dihargai.

Seperti harimau menunjukkan belangnya


Seperti harimau menunjukkan belangnya : menunjukkan sifat sebenarnya setelah lama berdiam diri.

Seperti embun di hujung rumput


Seperti embun di hujung rumput : sesuatu yang tidak kekal lama.

Seperti cincin dengan permata

Seperti cincin dengan permata : pasangan suami isteri yang sama cantik dan sama padan.

Seperti cicak makan kapur

Seperti cicak makan kapur : mendapat malu kerana kesalahan sendiri.

Seperti cacing kepanasan

Seperti cacing kepanasan : sentiasa gelisah.