显示标签为“Unit 9 Pengangkutan”的博文。显示所有博文
显示标签为“Unit 9 Pengangkutan”的博文。显示所有博文

2011年12月8日星期四

Pelayaran Muhibah

Dengarlah kisah pengalaman dicitra,
Pelayaran Muhibah indahlah nyata,
Lautan biru diredah serata,
Kenangan bersama menjadi cerita.

Terkenal sudah sebuah bahtera,
Seperti kota luas tertera,
Kemudahan moden sangat ketara ,
Semua penumpang riang gembira.

Ke Pulau Langkawi arah destinasi,
Pulau Pinang telah dilepasi,
Terhibur hati melihat reaksi,
Rakan ceria menjadi inspirasi.

Penumpang terhibur sepanjang hari ,
Indahnya pemandangan tidak terperi,
Pengalaman ini sukar dicari,
Sekiranya teringin alamilah sendiri.

Perbendaharaan perkataan :
1. Dicitra : digambarkan
2.Bahtera : kapal
3. Diredah : dilalui
4. Destinasi : tempay yang dituju
5. Reaksi : tindakan
6. Inspirasi : ilham

Pengangkutan yang terdapat di Bandaraya Kuala Lumpur

Teksi













Transit Aliran Ringan (LRT)













Monorel














Link Rel Ekspress (ERL)













Komuter











Bas

2011年12月7日星期三

Ekopengangkutan

Ekopengangkutan merupakan sejenis perkhidmatan pengangkutan yang digunakan di kawasan pelancongan. Perkhidmatan ini dapat memberi pelancong peluang menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan tersebut.

Kepentingan ekopengangkutan :
Membolehkan pelancong sampai ke sesuatu tempat pelancongan dan dapat mengembara dan menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan persekitaran.

Ciri-ciri kenderaan ekopengangkutan :
-mempunyai ruang pemandangan yang mencukupi.
-mengutamakan keselamatan pelancong.
-memerlukan khidmat pemandu pelancong untuk menjelaskan sifat daya tarikan sesuatu kawasan pelancongan itu.

Perkhidmatan ekopengangkutan di Malaysia.
Kereta kabel – terdapat di genting Highland dan Pulau Langkawi

Bot pelancongan – terdapat di Tasik Kenyir , Tasik Mines, Tasik Cini dan Tasik Putrajaya.

Kapal persiaran-terdapat di persisiran pantai Semenanjung Malaysia,