2011年12月11日星期日
Diam-diam ubi berisi , diam-diam penggali berkarat
Diam-diam ubi berisi , diam-diam penggali berkarat : diam orang yang berilmu itu berfikir sementara orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
Labels:
Pepatah
Di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung
Di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjung : kita hendaklah mematuhi peraturan tempat yang kita diami.
Labels:
Pepatah
Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan
Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan : jika mempunyai cita-cita seseorang akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Labels:
Pepatah
Carik-carik bulu ayam , lama-lama bercantum juga
Carik-carik bulu ayam , lama-lama bercantum juga : pergaduhan sesama keluarga tidak berpanjangan , akhirnya berbaik-baik semula .
Labels:
Pepatah
Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali
Buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali : berbuat baik janganlah berlebih-lebihan , tetapi jangan sekali-kali berbuat jahat.
Labels:
Pepatah
Bercakap siang pandang-pandang ,bercakap malam dengar-dengar
Bercakap siang pandang-pandang ,bercakap malam dengar-dengar : berhati-hati apabila menceritakan sesuatu hal.
Labels:
Pepatah
2011年12月6日星期二
Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing
Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing: bermuafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan sama ada susah atau senang.
Labels:
Pepatah
Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul
Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul : betapa susah orang yang melihat penderitaan orang lain , lebih susah lagi orang yang mengalami penderitaan itu.
Labels:
Pepatah
Berani kerana benar , takut kerana salah
Berani kerana benar , takut kerana salah : orang yang benar akan mempertahankan kebenarannya dan orang yang bersalah akan berasa takut.
Labels:
Pepatah
Berakit-rakit ke hulu , berenang-renang ke tepian , sakit-sakit dahulu , bersenang-senang kemudian
Berakit-rakit ke hulu , berenang-renang ke tepian , sakit-sakit dahulu , bersenang-senang kemudian:biarlah bersusah payah dahulu asalkan mendapat kesenangan pada kemudian hari.
Labels:
Pepatah
Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah mati kelaparan
Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah mati kelaparan: menguruskan halo rang lain sedangkan hal sendiri diabaikan.
Labels:
Pepatah
Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan
Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan : Kalau sudah terlanjur membuat sesuatu perbuatan jahat , biarlah sampai beroleh hasilnya.
Labels:
Pepatah
订阅:
博文 (Atom)



















