显示标签为“Simpulan Bahasa”的博文。显示所有博文
显示标签为“Simpulan Bahasa”的博文。显示所有博文

2011年12月7日星期三

Simpulan bahasa “U,W,Y”

SIMPULAN BAHASA
MAKNA
Ulat buku
Gemar membaca
Ulat bulu
Lelaki yang gemar mengganggu gadis.
Untung sabut
Nasib yang selalu baik.
Wang muka
Wang untuk berbelanja.
Yatim piatu
Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibubapa.

Simpulan bahasa “T”3

SIMPULAN BAHASA
MAKNA
Terang tanah
Waktu hampir siang.
Tidur mati
Tidur dengan sangat lena.
Tiga suku
Perangai yang kegila-gilaan.
Tin kosong
Orang yang pandai bercakap tetapi tidak pandai melaksanakan apa-apa yang dikatakannya.
Tinggi hari
Hampir tengah hari
Titik peluh
Hasil usaha sendiri yang bersungguh-sungguh.
Tua-tua keladi
Orang tua yang berperangai seperti budak; semakin tua semakin tidak senonoh.
Tulang belakang
Orang atau sesuatu yang menjadi sumber kekuatan sesuatu pertubuhan yang menjadi sumber kekuatan.
Tumbuk rusuk
Rasuah.

Simpulan bahasa “T”2

SIMPULAN BAHASA
MAKNA
Tangkap muat
Mengambil atau memilih apa-apa yang sempat sahaja.
Tarik diri
Keluar dari perhimpunan atau apa-apa sahaja dengan kemahuan diri.
Tawar hati
Tidak bersemangat lagi untuk melakukan sesuatu.
Telinga kuali
Orang yang dapat bersabar walaupun dimarahi orang lain.
Telinga lintah
Tajam pendengarannya.
Telinga nipis
Orang yang cepat marah.
Telinga tempayan
Degil.
Terang hati
Mudah memahami sesuatu yang diajarkan.

Simpulan bahasa “T”1

SIMPULAN BAHASA
MAKNA
Tahi minyak
Orang yang suka berbohong.
Tajam akal
Cerdik.
Tajam mulut
Suka mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.
Tali barut
Orang yang memberikan maklumat kepada orang lain supaya mendapat sesuatu sebagai upah.
Tanda mata
Barang pemberian sebagai kenangan.
Tangan kosong
Tidak mendapat atau membawa apa-apa barang.
Tangkai jering
Kedekut.

Simpulan bahasa “S”2

SIMPULAN BAHASA
MAKNA
Sehelai sepinggang
Tiada pakaian lain selain pakaian yang dipakai.
Sejuk hati
Hilang perasaan marah.
Sekapur sirih
Sebentar;sekejap.
Senyum kambing
Senyum yang dibuat-buat untuk mengejek.
Senyum kucing
Senyuman yang mengandungi muslihat.
Serkap jarang
Menuduh atau meneka dengan sembarangan sahaja.
Setahun jagung
Masih muda ; belum berfikiran matang.

Simpulan bahasa “S”1

SIMPULAN BAHASA
MAKNA
Sagu hati
Ganjaran sebagai penghargaan.
Sakit hati
Berasa sangat tersinggung atau marah.
Sakit mata
Berasa kurang senang hati.
Sakit telinga
Kurang enak didengar
Sampai hati
Tergamak melakukan sesuatu.
Sebatang kara
Tidak ada saudara-mara.

Simpulan bahasa “R”

SIMPULAN BAHASA
MAKNA
Rabun ayam
Tidak dapat melihat dengan jelas.
Raja sehari
Pengantin
Rambang mata
Sukar hendak memilih kerana ada pilihan yang banyak.
Rendah diri
Tidak sombong.
Ringan kepala
Mudah memahami sesuatu yang diajarkan.
Ringan mulut
Peramah.
Ringan tangan
Suka membantu orang.
Ringan tulang
Rajin.

Simpulan bahasa "P"4

SIMPULAN BAHASA
MAKNA
Pilih kasih
Tidak bersikap adil dalam sesuatu hal.
Pisau cukur
Perempuan yang suka menghabiskan wang atau harta lelaki.
Potong leher
Menjual barang dengan harga yang tinggi.
Puteri lilin
Perempuan yang tidak tahan panas.
Putih mata
Kecewa kerana hajat tidak tercapai ; malu.
Putih tulang
Mati.

Simpulan bahasa "P"3

SIMPULAN BAHASA
MAKNA
Peluk tubuh
Malas hendak berusaha
Pembasuh mulut
Makanan atau minuman ringan selepas makan.
Pendek akal
Tidak luas fikiran
Pening lalat
Pening sedikit.
Perang dingin
Bergaduh dengan tidak bercakap atau perang secara gertak-menggertak.
Perang mulut
Bertengkar dengan menggunakan kata-kata yang kasar.
Perang saudara
Perang antara kaum atau puak dalam sesebuah negara.