PENILAIAN SEPANJANG 14 MINGGU (60%):
Tugasan 1A: Perbincangan Forum (10%) – Forum MyGuru
Tarikh akhir: 03 Oktober 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 20% akan diberikan berdasarkan kekerapan dan kupasan positifpelajar terhadap perbincangan yang diberikan. Rubrik bagi penilaian markah untuk perbincangan forum adalah seperti berikut:
SKALA MARKAH | KRITERIA KEKERAPAN PENGLIBATAN DALAM FORUM |
10 % | Penglibatan forum amat memuaskan. Kupasan yang diberikan hebat dan membanggakan. |
9 – 7 % | Penglibatan forum baik. Kupasan yang diberikan memuaskan. |
6 – 4 % | Penglibatan forum kurang dari tiga kali. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas dan hanya sekadar dua atau tiga ayat sahaja. |
3 – 1 % | Penglibatan forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas seperti ‘setuju’, ‘ya, saya sokong’. |
0 % | Tiada bukti penglibatan dalam forum langsung. |
Tugasan 1B: Esei (20%) – Penghantaran melalui GMail
Tarikh akhir: 07 November 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian. Sila gunakan gaya penulisan APA (http://www.apastyle.org/index.aspx). Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan serta kupasanesei yang ditulis.
Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:
- Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.
- Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1).
Panduan:
Anda boleh menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Threats, Opportunities) untuk membantu jawapan anda..
Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) - Blogger (link blog diletakkan di MyGuru
Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) sertasenireka persembahan blog:
KRITERIA | MARKAH |
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian | 10 |
Senireka blog serta daya tarikan | 10 |
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya | 10 |
JUMLAH | 30
|